Adakah perlu menyambut kemerdekaan?
August 30, 2008 4:57 pm Isu Semasa, MotivasiDalam kekalutan kita menyambut kemerdekaan marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah erti kemerdekaan yang sebenar?
Negara yang masih mengamalkan sistem thaghut iaitu mengikut telunjuk barat dalam segenap perkara. Sebagai contoh dalam sistem perundangan yang masih lagi mengikut sistem yang digubal otak manusia daripada mematuhi sistem yang digubal oleh Ilahi masih lagi dipertahankan dan diagung-agungkan.
Kenapa susah sangat hendak mengikut tuntutan Pencipta kita ? Jawapannya adalah keegoan yang terdapat dalam diri dan tidak mahu menerima perubahan ke arah kebaikan yang tidak dapat dikikis dalam hati.
Begitu juga dengan kemudahan jaringan network melangkau global ini yang merupakan salah satu faktor terbesar kejayaan Pakatan Rakyat dalam menyebarkan maklumat yang tepat dan telus, marilah memerdekakan minda dengan sebenar-benarnya bahawa internet bukan sahaja tempat untuk mencari maklumat dan bersosial semata-mata tetapi internet merupakan juga salah satu sumber pendapatan jika diaplikasikan dengan cara yang betul.
Antara mereka yang boleh dijadikan contoh dalam negara kita adalah Irfan Khari, Alang, Shuth, Syed Ikhwan dan Zulfadli ( sekadar menyebut beberapa contoh ) yang mana mereka ini melakukan secara full time setelah berjaya memerdekakan diri dari minda ‘kerja makan gaji’ semata-mata. Salah satu perkara yang perlu kita merdekakan diri iaitu jangan lagi ‘bila habis belajar kerja makan gaji dan bila bersara terima duit pencen’ yang dimomokkan oleh ibubapa kita sejak kecil.
Saya melihat ini adalah satu perkara yang perlu diketengahkan khususnya kepada mereka yang tidak mahu terikat dengan kerajaan dalam menegur kesilapan yang dibuat, kita boleh membina satu network untuk melatih dan membimbing mereka yang berminat dengan cari duit secara online.
Marilah kita sama-sama memerdekakan minda dari semua ini dan melakukan perubahan terhadap bangsa kita!


September 1st, 2008 at 2:30 pm
Merdeka ertinya bebas…bebas dari segala-galanya…tapi saya tak bebas lagi dari segi kewangan..hehe
jadi saya tak merdeka lg lah ye
September 1st, 2008 at 11:27 pm
sama2 berusaha membebaskan diri kita
terima kasih lawat blog