16 Sep: Jika Islam tidak ditegak kami akan terus menentang kerajaan baru
September 6, 2008 1:40 am Ilmiah, Isu Semasa, Melayu BolehBegitu rancak perbincangan tentang penubuhan kerajaan baru hinggakan kita semua terlupa bahawa matlamat asal kita adalah ingin mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.
Rata-rata menyatakan sokongan padu kepada DSAI kerana kelihatan dia bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan sekarang tetapi kebimbangan kini adakah kerajaan baru yang terbentuk dengan sokongan 30-40 MP kerajaan BN akan menjadikan Islam sebagai dasar dalam pemerintahan?
Penulis tidak menyangka ianya akan terjadi sebabnya menurut kenyataan Dewan Pemuda PAS Pusat ketika mereka bertanya kepada pimpinan atasan berkaitan kerajaan baru jawapan yang diberikan adalah ‘Tak Tahu’ bermakna Anwar tidak langsung berbincang dengan pimpinan atasan PAS dalam pembentukan kerajaan baru. Mungkin sibuk ke Sabah dan Sarawak sehinggakan Tuan Guru diketepikan beliau.
Memang di sini seolah-olah kita nampak bahawa Anwar yang bekerja keras untuk menjatuhkan UMNO dengan berusaha menarik MP Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan baru tetapi dinasihatkan kepada Ketua Umum Keadilan jangan pula menidakkan bantuan pimpinan PAS dalam menjayakan misi beliau.
Jika Anwar bersikap terlepas pandang dalam menentukan dasar kerajaan baru dengan tidak turut berbincang dengan pimpinan PAS maka kami semua tidak teragak-agak untuk menentang kerajaan baru dan keluar dari Pakatan Rakyat, pernah penulis mengikuti halaqah pimpinan Pemuda yang menyatakan kami semua akan terus bersama Pakatan Rakyat jika dasar Islam diutamakan tetapi jika Islam tidak diutamakan tiada guna kami sama-sama bersekongkol dengan kerajaan baru tersebut. Lebih baik kami berada diluar sahaja.
Sikap terlalu mengagungkan Anwar dikalangan ahli PAS sendiri yang merendahkan keupayaan Tuan Guru kita, walhal pimpinan kita adalah yang terlebih layak dalam memimpin kerajaan, dengan kemampuan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi sepatutnya diketengahkan dalam memimpin negara kita berpandukan cara-cara yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Tentulah Tuan Guru amat mengetahui cara yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W ketika ingin membentuk negara Islam Madinah yang mana sebelum itu dipersaudarakan dahulu kaum Muhajirin dan Ansar untuk mencairkan asabiah perkauman atau puak masing-masing hingga yang tinggal hanya ruh Islam dan supaya perbezaan keturunan, warna kulit dan kedaerahan semua dihancurkan yang tinggal hanya Islam tiada satu pun yang boleh membanggakan atau merendahkan seseorang melainkan dengan ketaqwaan sahaja.
Mungkin boleh disamakan ahli PAS sebagi Muhajirin yang turut berhijrah meninggalkan kemewahan dikampung untuk menyebarkan Islam ke setiap negeri Malaysia dan PKR sebagai Ansar yang menolong dan memberi bantuan ini boleh menyatukan fikrah sesama pemimpin dan pendokong semestinya kita akan mampu mentadbir Malaysia dengan jaya dan mencapai redha Allah S.W.T.


September 6th, 2008 at 2:15 pm
Saya memang tak berharap DSAI akan mendirikan kerajaan Islam jika beliau menang kerana parti pakatan yg bergabung skrg tidak ada yg hendak Islam kecuali PAS . Saya juga tak berharap agar mana2 ulama PAS diberi jawatan dlm kerajaan yg akan ditubuhkan nanti baik TGNA atau TGHH.
Tetapi saya amat berharap supaya PAS dpt menekan kerajaan PR yg memerintah negara supaya membenarkan perlaksanaan daulah islamiyah di dua negeri ini iaitu Kelantan dan Kedah. Beri kebebasan kpd PAS utk melaksanakan undang2 Islam di kedua negeri ini dan juga berikan kebebasan media supaya rakyat dr negeri lain dpt melihat contoh pentadbiran berlandaskan alquran dan hadis.
Insyaallah..Saya yakin dgn berkat Allah taala Malaysia ini akan beransur2 menjadi negara Islam seperti yg kita impikan.Ini kerana fitrah manusia mmg berkehendak kpd keadilan tidak kira dia cina,melayu atau india.
September 7th, 2008 at 1:37 am
Itulah matlamat pendokong gerakan Islam seluruh dunia supaya Islam tertegak dengan jayanya sebagaimana yang dibuat oleh Nabi. Cabaran dan ujian tidak boleh dielak cuma kena hadapi dengan berpandukan apa yang Nabi ajar melalui sirahnya.
September 7th, 2008 at 9:07 am
tidak ada gunanya kita melaungkan kerajaan baru(PAKATAN RAKYAT)Kalau ianya lebih buruk dari kerajaan jahiliyah lama,aku tak rela islam terus di himpit,terhina oleh golongan munafik yang bertopegkan Islam….Sedrlah wahai orng2 PAS kamu sudah di hanyutkan oleh mereka2 yang mempunyai kepentingannya……kenapa mengagungkan DSAI Sedangkan mereka tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap ISLAM
September 7th, 2008 at 12:54 pm
Bukan mengagungkan tapi cuba menolong orang yang memperjuangkan kebajikan rakyat
Banyak pro dan kontra komentar 16 September di atas, insyaAllah saya akan menjawab terhadap apa yang saya luahkan.
September 7th, 2008 at 2:25 pm
sebenarnya kerisauan kamu itu memang ada asasnya dan percayalah kerajaan baru yang diuar-uarkan 16 september ini bakal mengundang petaka besar kepada umat islam di malaysia.
1. kalau anwar memang betul-betul nak kan islam mengapa harus ditubuhkan parti baru pkr? kenapa dia tak terus masuk pas sebagaimana kamaruddin jaafar?
2. perkara lompat-melompat jika terjadi akan berterusan selepas ini kerana orang-orang yang berkecenderungan untuk melompat ini jenis yang berkepentingan peribadi bukan selayaknya diangkat menjadi pemimpin.
3. masih tak terlihat kerajaan yang baru lebih baik daripada kerajaan lama sebagaimana di thailand. pertukaran kerajaan merupakan permulaan kepada kemusnahan yang berterusan dalam negara tersebut.
4. anwar sendiri lebih kepada hendak menjaga kepentingan politik peribadi berbanding dengan usaha ke arah mendaulatkan islam. 23 kerusi parlimen pas bukan aset besar bagi pr. saya percaya anwar lebih yakin dengan beberapa orang ahli parlimen umno yang bakal melompat nanti.
5. pas akan tercatat sebagai sebuah parti yang paling tak boleh dibuat kira becara dalam hal politik negara kerana ketaksubannya kepada islam sehingga dilihat nak kepada islam tetapi bersungguh-sungguh menyokong gerakan yang menerima pengiktirafan yahudi amerika.
6. dan akhir sekali, sebaik sahaja kerajaan baru pr berkuasa maka akan terjadilah perbalahan besar di antara kepimpinan pas dengan anwar yang akan dihebohkan sebagai anwar pengkhianat islam sebab tak mahi ikut kehendak pas dalam pelaksanaan undang-undang islam. masa tu kerusi parlimen melayu pr tentunya lebih kecil bilangannya berbanding kerusi bukan melayu pr yang merupakan majoriti dalam kerajaan ” terlepas mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya “.