Besarnya pengaruh blog

1:07 am Isu Semasa

Raja Petra Kamarudin telah ditahan pihak polis dibwah akta ISA kerana pengaruh tulisan-tulisan di dalam blognya. Alasan yang diberikan pihak kerajaan bahawa tulisannya yang boleh menggugat dan mengancam negara di samping dikatakan sebagai menghina Islam.

Dia yang pernah ditahan d bawah akta yang sama pada tahun 2001 selama 52 hari kerana terlibat dengan reformasi begitu ditakuti pihak kerajaan yang mana sebelum ini pernah digeledah rumahnya dan dirampas laptop dan maklumat-maklumat berkaitan.

Web Malaysia Today juga pernah disekat akses ke lamannya pada hari pengundian Permatang Pauh. Begitu besar sekali pengaruh blog Malaysia Today kepada pemikiran rakyat Malaysia khususnya.

Kandungan blognya yang memuatkan perihal yang berlaku di Malaysia yang tidak pernah disiarkan oleh media perdana menjadi wasilah kepada mereka yang inginkan informasi yang tepat melalui medium internet.

Artikel yang dikatakan menghina Islam dijadikan isu politik alasan untuk menangkap beliau oleh pihak kerajaan.

Sebagai negara yang berdemokrasi dan maju maklumat hendaklah disampaikan kepada semua peringkat supaya kita tidak dikatakan jumud dan low class dari segi intelektual. Dengan informasi inilah kita menilai sesuatu perkara dari segi baik dan buruknya.

Adakah blog ini juga termasuk dalam kategori penggugat dan pengancam keselamatan negara ? Oh! Tidak rasanya sebab blog ini hanyalah blog si kutu ditengah kota metropolitan sahaja. Dengan pelawat sekitar 40 - 50 sehari tidak mampu mengubah aliran pemikiran pembaca sepenuhnya. Ramai lagi blogger-blogger diluar sana yang tidak jemu meluahkan kebenaran memberi komentar dalam blog masing-masing setiap hari yang mana mungkin juga menanti kehadiran anggota seragam ke rumahnya untuk dibawa ke tempat rahsia atau Kemunting barangkali!

Random Posts

One Response

  1. Isu Malaysia Says:

    http://isuduniamelayu.blogspot.com/

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.