Dec 27 2008

Kenapa saya gagal dalam perniagaan internet

Tahun 2008 bakal melabuhkan tirai bersama dengan perancangan-perancangan yang tidak menjadi untuk dilakukan.

Betullah seperti kata orang lama masa belajar dulu, ” masa kat sini kita boleh membuat apa saja mengikut kehendak kita tetapi bila kita sudah balik kampung pasti tidak akan mampu untuk memberi tumpuan sepenuh masa “.

Bila sudah terjun dalam masyarakat tidak dapat tidak kita terpaksa memberi sumbangan sebaikĀ  mungkin dan kita tidak boleh duduk diam saja, bila sudah menjadi anggota masyarakat masa yang diperlukan juga lebih dari biasa dan sebab itulah menjejaskan tumpuan kita dalam kerja-kerja yang seperti dilakukan dulu.

Pada awal-awal tahun 2008 memang tidak dinafikan saya mampu untuk menjana pendapatan dari internet tetapi masuk pertengahan tahun selepas pulang ke Malaysia saya seolah-olah hilang momentum untuk duduk seperti dulu, dalam keadaan terpaksa travel ke situ sini dan tidak tetap tempat duduk saya membuatkan saya letih…huh…

Saya bukanlah malas seperti yang dikatakan Alang antara faktor kegagalan dalam mencari pendapatan Internet dan bukannya tidak fokus dan tiada guru. Malah Alang sendiri mengatakan yang dia tidak pernah berguru dalam mencari income internet.

Sekurang-kurangnya saya sudah pun dapat menjana duit secara online cuma mungkin tidak mempunyai masa yang sesuai atau juga kerana faktor keadaan saya menjadi begini.

Apa pun bagi saya selepas keadaan menjadi reda dan normal seperti biasa saya akan terus berusaha sedaya mungkin untuk meneroka alam internet.

Dan InsyaAllah saya akan bertolak ke Kuching 11hb Januari bagi mengikuti Pengajian di Intitut Perguruan Batu Lintang, saya tidak boleh mensia-siakan ilmu yang diperolehi. Saya perlu menyebarkan kepada masyarakat setakat termampu bagi diri saya.

Dan saya tidak boleh meniru Alang dan yang lain-lain kerana saya hanyalah setahun jagung dalam perniagaan internet. Mencari sumber online boleh dilakukan seperti dulu walaupun belajar dan bekerja masih lagi mempunyai masa untuk menghasilkan pendapatan.

Seperti kata Irfan Khairi ” 9 am - 5 pm kat tempat kerja jadi masa yang tinggal 5 pm - 9 am banyak lagi boleh digunakan untuk mendapatkan duit online”.

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. che mie said:

    bunyinya macam serius

    selmat berjaya

    January 2nd, 2009 at 4:44 am
  2. Haris said:

    Huhu..memang serius giler ni..takkan nak tgk jer orang lain duk senang…kita pun nak senang..betul tak

    January 2nd, 2009 at 6:58 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree