Jan 27 2009

Berusaha menjadi guru yang GURU

Sekarang masih lagi dalam mood cuti Tahun Baru Cina kat Institut Perguruan Batu Lintang Kuching, 2,3 malam ini saya begitu bingung dengan suasana di sini. Pertamanya betapa orang Cina di sini begitu asyik dengan bermain mercun bagi menyambut tahun baru mereka. Biarlah sebab adat mereka begitu.

Bermula sahaja malam sampai ke kemuncak 12 malam tahun baru mereka begitu kuat sekali bunyi dentuman mercun yang dinyalakan, saya terus terfikir betapa beginilah Gaza ketika diserang Israel yang mana mereka boleh melihat jelas letupan bom dan percikan bunga api berterbangan di udara.

Sayu hati saya mengenangkan penderitaan penduduk Palestin yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh umat Islam sedunia.

Selepas 2 hari berlalu tahun baru Cina pun masih lagi kedengaran letupan mercun yang kadang-kadang memeritkan telinga. Terus saya bergurau dengan rakan-rakan

Ayuh mujahidin semua, bersedia untuk memulakan serangan balas, jangan terus alpa dengan kesedapan dunia yang sementara

Berada dalam masyarakat yang berbeza fahaman dan pendirian memerlukan kepandaian menyesuaikan diri dalam bergaul dengan mereka, suasana Institut yang satu-satunya terdapat masjid dan gereja di dalamnya menyukarkan penjelasan kita tetapi ini semua adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan matang.

Lusa saya akan bertolak ke Miri untuk tujuan menjadi guru yang GURU, bukan sekadar menjadi cikgu yang mengajar tulis baca tetapi menjadi GURU yang boleh dijadikan contoh ikutan membentuk anak didik cemerlang dunia dan akhirat.

Macamana pula cabaran di sana saya tidak dapat bayangkan tetapi berbekalkan semangat sahabat-sahabat Nabi yang sanggup berhijrah untuk menyebarkan Islam menjadi pedoman dalam mengharungi kehidupan di bumi Sarawak.

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

1 Comments on this post

Trackbacks

  1. BicaraGuru said:

    Jemput cikgu berforum bersama-sama kami berkongsi pendapat dan pandangan bersama-sama guru lain di bicaraguru.com

    February 26th, 2009 at 1:44 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Sponsored Link

What I'm Doing...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools.