Rileks jap kat Starbucks Coffee
- 0 Comments
Dalam menunggu flight ke Miri sempat lagi lepak kat Starbucks Coffee di airport Kuching, memandangkan ada 3 jam lagi sebelum dapat check-in apalagi bosan dok saja-saja dan ternampak Starbucks terus saya masuk untuk tujuan yang satu,surf internet.
Ramai jugak yang lepak sini dengan laptop memasing yang saya kira tujuan macam saya, menunggu flight masing-masing.
Melihatkan orang kat sini bukan dok saja-saja tapi bersama dengan secawan coffee di atas meja mungkin malu kot dok surf free-free..saya pun ke kaunter untuk memesan air. Tengok menu boleh tahan dan terus teringin nak order air Espresso. Ingatkan air ape, macam kopi jer pahit..huhu
Check emel dah dapat link donlot ebook Panduan Dan Teknik Rahsia Ebay Sifu lan, sambil-sambil tunggu habis donlot ditegur oleh hamba Allah dalam list YM. Tah macamana ada dalam list ni..rupanya geng menorex. Sembang punya sembang tergerak nk buat kebajikan sikit, saya bagi free ebook Forex kat dia.
Saya sebenarnya sudah lama tak menorex, bukan apa tapi rasa macam nak tumpukan pada benda lain dulu barulah akan sambung semula, mungkin pada kerjaya sebagai guru lagipun benda ini boleh dibuat pada masa-masa lapang.
Cuma mungkin kat sini saya ingin tegaskan yang saya sudah tidak menorex lagi buat masa sekarang dan segala emel yang bertanyakan pasal menorex saya tidak akan layan disebabkan saya sudah tidak aktif seperti dulu. Maaf yer.
Tidak rugi kita mempelajari benda yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada kita seperti Forex, Ebay, Adsense dan lain-lain kerana kita umat Islam kena tahu semua ini untuk berdepan dengan orang kafir dan musyrik.
Janganlah kita menolak mentah-mentah perkara baru yang tidak membawa keuntungan kepada kita sebaliknya kita hadapi dengan matang dengan berdasarkan dalil dan nas yang sohih.
Begitu juga dalam memperbaiki umat Islam dan berdakwah kepada non-muslim kita kena menggunakan cara-cara yang berhemah supaya apa yang kita inginkan adalah mereka semua mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.
Seperti sesetengah orang mengatakan kita kena berjuang melalui parti atau pertubuhan-pertubuhan tertentu barulah amal akan diterima bagi saya benda ini terpulang kepada pendirian masing-masing. Kalau seseorang itu merasakan bahawa melalui parti tertentu yang dia akan dapat memperbetulkan keadaan silakan dengan cara mereka tetapi jangan dikecilkan peranan mereka yang tidak secara langsung berparti tertentu tetapi segala gerak gerinya boleh dijadikan contoh dalam kehidupan malah dijadikan pakar rujuk oleh umat Islam sedunia.
Tetapi bukan saya menolak kepentingan berjemaah yang mana menjadi salah satu sumber kekuatan seseorang kerana jika seseorang itu sudah kuat pegangannya dan sudah faham erti wala’ kepada pimpinan walaupun dimana dia berada akan tetap dengan pendiriannya yang teguh dan mantap.
Wah dalam dok sedap-sedap menulis terima panggilan dari adik IPBL yang meminta dicarikan nama untuk lajnah yang berkaitan perubatan dalam Bahasa Arab..erm jap ye nak fikir. Apa yer??
