Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pelajar terbaik SPM 2008
Sekali lagi dibuktikan sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Kelantan Maahad Muhammadi Perempuan mampu berjaya walaupun dalam serba kekurangan.
Apa lagi yang nak dikata walaupun tidak mempunyai meja belajar, tidak menghadiri tuisyen, tinggal dalam serba kekurangan dan perbelanjaan harian hanya RM 1, serta RM 4 untuk tambang bas. Dia telah membuktikan kesusahan tidak menghalang untuk mencapai kejayaan.
—————————-
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
Image “Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau.






Comments (14)
peacebuy
March 17th, 2009 at 7:35 am
Madihah,
Tatkala Melayu tergapai-gapai
mencari terang di tanah moyang.
Tatkala Melayu bertikam pencak
di mata dunia
Sudah tiada nampak jalan pulang
tiada juga jalan tuju gemilang..
Sesat…
Buntu…
Madihah terbit
Melayu menaruh
harapan dan kelegaan
GEMPAMELAYU.COM
StUdEnT NuRsE kuis
April 18th, 2009 at 8:39 am
TAHNIAH KEPADA ADIK NOR MADIHAH
INI MEMBUKTIKAN BAHAWA BUKAN SAHAJA PELAJAR SEKOLAH BERASRAMA PENUH ATAU MRSM SAHAJA YG BLEH BERJAYA
AKAN TETAPI ADIK NOR MADIHAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA SEKOLAH AGAMA JUGA MAMPU MENCAPAI KEJAYAAN.
PRINSIP AKU
WALAU DIMANA SEKALI PUN BELAJAR
KITA TETAP BERJAYA
TAPI DENGAN USAHA,IMAN DAN LAIN-LAIN
katik
July 18th, 2009 at 7:16 am
akak datang maahad
Haris
July 18th, 2009 at 5:18 pm
oo ye ke..bagus2
nadia
September 13th, 2009 at 9:31 am
akk madihah mcm mne yerk klau kita nk minat bahasa engglish….?????sye x minat sgt subjek nie…
Haris
September 13th, 2009 at 10:50 am
ermm ni tanya saya ke tanya Madihah..hehe
kena buat minat le kalau nak berjaya macam dia
nick
October 5th, 2009 at 2:29 pm
tahniah la kak Madihah. sy harap sy bleh jd pandai mcm akak.
Haris
October 7th, 2009 at 2:39 pm
ye usaha disertakan doa boleh mencapai yang kita inginkan
nadwa
February 15th, 2010 at 3:27 pm
sy pown nk pndai mcm akak jgak..akak buat ape skrang erk..
Haris
February 17th, 2010 at 3:29 pm
Jangan malas2 belajar kalau nak jadi macam dia
Info : Madihah menerima biasiswa daripada Bank Negara Malaysia bagi menyambung pelajarannya selama 4 tahun dalam bidang Fizik di Jordan University of Science and Technology.
fatihah sabadri
March 17th, 2010 at 10:20 am
salam.tahniah di atas kejayaan akak.im really proud of you..tahniah!
shefar
March 27th, 2010 at 5:53 am
congrat 2 kak Madihah,,
i’m really proud of u!
NURU
April 8th, 2010 at 6:05 am
Akak belajar kat mana sekarang?
nicholas
April 26th, 2010 at 1:59 am
salam.. how to maintain our faith [means iman even if we're no longer on the good environment-biah solehah?] as I know, as a best student especially came from religious school really being a role-model for thousands of students out there,. and to be honest, i’m one of them.. hope akak will later tell me the secret.. because after this.. we’re going to sit by our own without any other help from family [if @ oversea].. thank u..
Leave a reply