Mar 29 2009

Perihal Ebay

Salah satu punca pendapatan melalui internet adalah melalui Ebay.  Apakah Ebay ? Ebay secara ringkasnya adalah tempat bertemunya penjual dan pembeli secara online tanpa perlu pembeli berjumpa dengan penjual secara langsung.

Penjual akan akan menyenaraikan barangan yang hendak dijual dilaman Ebay dengan meletakkan gambar barangan tersebut berserta description berkaitan barangan. Jika ada pembeli yang bersetuju untuk membeli samaada melalui proses lelongan atau ‘buy it now’ penjual akan mengirimkan barang tersebut kepada pembeli.

Apakah hukum dalam Islam berkaitan Ebay ? Dalam Islam proses lelongan barangan kepada pembeli-pembeli dan bagi yang membida paling mahal dialah akan memperolehinya dinamakan sebagai ‘Al-Muzayadah’. Jual beli ini adalah harus tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Artikel penuh boleh merujuk kepada Ustaz Zaharuddin di sini.

Antara barangan yang tidak boleh dijual di Ebay adalah emas, perak dan matawang semasa yang dipakai nilai, ketiga-tiga item ini mengandungi syarat khusus untuk dibolehkan dijual.

Sudah ramai mereka yang dah berjaya dengan EBay tetapi kejayaan mereka bukan dalam masa sehari tetapi memerlukan kesabaran yang cukup untuk bersaing dengan orang lain. Antara kaedah yang digunakan oleh otai-otai Ebay adalah :

1- Buat research item apakah yang hot

2- List banyak-banyak barangan terutamanya dalam store

3- Jangan mudah putus asa kalau barang tak laku…huhu

Saya pun dah bermula dengan Ebay dan berjaya mendapat dolar pertama dengan menjual ebook yang ada dalam simpanan.

Takpe le walaupun baru sedolar..kita kena sabar dan buat kajian dan baca forum untuk menambahkan ilmu berkaitan ebay.

Antara ebook yang saya recommend adalah ebook Sifu Lan-Panduan dan Teknik Rahsia Ebay dan Noorizam Shah- Kuasa Lelong

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

3 Comments on this post

Trackbacks

  1. Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010 | HarisFadila.com wrote:

    [...] Ebay juga pernah menjadi tempat mencari pengalaman berniaga, berbekalkan teknik dari Sifu Lan saya berjaya juga menghasilkan jualan tetapi saya tiada masa untuk design mendesign item itu yang membuatkan saya tidak fokus pada Ebay. [...]

    January 3rd, 2010 at 4:19 pm
  1. switch_image said:

    Kali pertama saya melawat dapat membaca artikel untuk perniaga di Ebay.

    March 30th, 2009 at 8:32 am
  2. ebayhost said:

    ebay tempat paling best nak wat duit. aku wat part time pun boleh dapat RM1000-RM1500 sebulan huhuhu. Tapi kalu xder panduan dan tunjuk ajar agak susah la sikitkan. Ni ebook aku kongsi dgn korang. dalam ebook ni ader panduan yang lengkap dan juga senarai dropshipper yang boleh dipercayai. Pandai2 korang la huhuhu..
    http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=ebayhost

    June 6th, 2009 at 8:26 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Sponsored Link

What I'm Doing...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools.