Murid mati selepas dirotan : Adakah guru yang patut dipersalahkan

Sudah menjadi sebab musabbab yang dia akan menemui ajal mungkin disebabkan dirotan oleh guru. Tidak patut kita menyalahkan tindakan guru tersebut yang bertujuan untuk mendidik anak muridnya menjadi insan yang berjaya.

Saya sendiri pernah merotan pelajar yang tidak mendengar cakap saya dan berkelakuan yang tidak sopan dan melawan cakap guru, tetapi dengan merotannya di kaki. Nabi sendiri dalam mendidik anak-anak berkaitan sembahyang ada juga mengenakan tindakan memukul atau merotan yang tidak menyakitkan jika anak-anak tidak mahu menunaikan sembahyang iaitu dalam usia 10 tahun sebagai susulan daripada suruhan mengerjakan sembahyang ketika berumur 7 tahun.

Tetapi permasalahannya masyarakat kita zaman sekarang tidak dapat menerima tindakan guru yang merotan anaknya. Sehinggakan ada ibubapa yang berani menyaman guru yang melakukan demikian. Malah ada juga yang datang berjumpa guru disekolah dan memberi amaran supaya guru tidak merotan anaknya.

Begitulah tindakan ibubapa yang tidak menghormati guru dengan sewajarnya yang saya sendiri pun pernah kena sound oleh ibubapa di sekolah.

Tugas kita sebagai guru begitu dipandang rendah oleh segelintir ibubapa yang mementingkan diri sendiri. Kalau anak berjaya bukan disebabkan guru malah disebabkan pelajar tersebut yang rajin membaca, kalau pelajar lemah barulah disalahkan para guru.

Kalau ditempat saya, dalam menjamin kecemerlangan solat pelajar-pelajar diadakan Kem Bestari Solat sebanyak 13 kali setahun yang saya kira sekolah yang terbanyak sekali membuat KBS dalam setahun dibawah program j-QAF.

Tetapi yang menyedihkan adalah ketika ditanya kepada pelajar-pelajar adakah mereka melakukan solat dirumah mereka menjawab

Nak sembahyang macamana sebab ayah dan mak saya pun tak sembahyang

Terkedu jugak mendengar jawapan yang seolah-olah berada dalam negeri yang jauh dari ajaran Islam. Walaupun apa pun cabaran tugas mendidik anak bangsa tetap diteruskan walaupun terpaksa memikul bebanan yang paling berat.

Ini juga merupakan satu dugaan yang terbesar kepada guru j-QAF Sabah dan Sarawak berbanding guru j-QAF disemenanjung.

Modal insan perlu dibangunkan dengan bersungguh-sungguh walaupun di sana terdapat liku yang menyukarkan dan duri yang menyakitkan.

——————

Murid mati selepas dirotan

SEREMBAN – Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Gemas dilaporkan meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan di tangan yang dilakukan oleh seorang guru wanita sekolah tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, Chan Qi Xin, 9, mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari kelmarin.

“Melihat keadaan murid itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

“Ibu bapa murid tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru setelah diminta berbuat demikian, tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah pada hari yang sama.

“Pihak HSA telah memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa murid tersebut bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis,” katanya kepada pemberita semalam.

Kanak-kanak itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Gemas pukul 3.30 pagi semalam.

————–

Bapa tak sangka anak berpenyakit

SEREMBAN - “Saya sangat sedih kerana saya sendiri tidak tahu anak saya menghidap penyakit ketumbuhan dalam otak sehinggalah membawa kepada kematiannya.”

Demikian luahan Chan Teen Fat, 40, bapa murid lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Kg. Baru Gemas, Chan Qi Xin, 9, yang meninggal dunia pagi kelmarin.

Kata Teen Fat, kematian anaknya berpunca daripada ketumbuhan tersebut pecah dan bukannya disebabkan dirotan oleh guru sekolahnya.

“Sebelum ini, Qi Xin tidak pernah mengadu sakit atau menunjukkan tanda-tanda dia mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tunku Jaa’far (HTJ) di sini semalam.

Malah cerita beliau, Qi Xin merupakan seorang anak yang aktif dan sentiasa ceria membuatkan beliau sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan dia mempunyai ketumbuhan dalam otak.

Qi Xin merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.

Dalam kejadian tengah hari Selasa lalu, murid lelaki berusia 9 tahun itu mengadu pening kepala selepas dirotan oleh seorang guru wanita sekolah berkenaan.

sumber: kosmo.com.my

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website