Keputusan rasmi PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
- 0 Comments
Bukit Gantang
Keputusan rasmi, calon PAS, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789
Pada pilihanraya 8 Mac 2008 yang lepas, Almarhum Roslan Sharom dari PAS telah memenangi kerusi P059 dengan menewaskan calon BN iaitu Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dari BN dengan majoriti 1,566 undi dan calon Bebas M.Mohganan.
Bukit Selambau
Keputusan rasmi: KeADILan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi. Sejumlah 495 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas hilang wang pertaruhan.
Pada PRU 2008, calon bebas V Arumugam memperolehi 13,225 undi menewaskan calon BN, S. Krishnan dengan 10,863. Majoriti 2362. 75 peratus keluar mengundi. Dengan undi rosak yang tinggi iaitu 1694.
Tahniah kepada Ir Nizar dan S.Manikumar
Semoga Datuk Seri Najib Tun Razak akan membariskan kabinet yang betul-betul menepati kehendak rakyat esok dan mengambil kira apa yang difikirkan oleh golongan muda sekarang ![]()
