Apr 12 2009

Buka store di Ebay

Dalam pembacaan dan kajian yang dinyatakan oleh sifu dan otai Ebay rata-rata mengatakan bahawa membuka store di Ebay mempunyai kelebihan kepada kita jika ingin menjana duit Ebay.

Antara kelebihan membuka store adalah :

  • dapat menyimpan barang atau stock dalam kuantiti yang banyak
  • listing fee serendah USD 0.03
  • tempoh masa 30 hari berbanding tidak membuka store 1,3,5,7 dan 10 hari

Hari ini saya telah membuka store US yang Basic yang mana fee bulanan adalah USD 15.95 tapi jika anda membuka basic Malaysia bayaran RM 12. Tahle bagi saya lebih suka membuka store US. Bergantung kepada kajian masing-masing.

Tidak rugi sebenarnya membuka store di ebay, dibandingkan kalau anda ingin menjual di alam nyata agak-agak berapa kos yang kena keluar bulanan. Paling rendah kalau kat bandar pun dalam RM 500 kot sebulan sewa bulanan tambah bil api air lagi RM 50 dah jadi RM 550 berbanding sewa bulanan di ebay lebih kurang RM 57.42 bulanan ( USD 15.95 x 3.6 = RM 57.42 )

Apa pun berniaga di ebay sama juga dengan dunia nyata, anda kena bersikap jujur dan sabar melayan karenah buyer yang bermacam-macam. Dan paling penting pastikan barangan yang kita jual tidak menyalahi syarak.

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

1 Comments on this post

Trackbacks

  1. MohdFaizul said:

    Bila saya buka store baru saya dapat jualan pertama saya

    April 15th, 2009 at 6:31 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree