May 10 2009

Motivasikan diri dengan lihat kejayaan orang lain

Dalam apa saja perkara yang kita lakukan jika mahu berjaya tidak boleh mudah putus asa kalau kejayaan belum kita kecapi dan nikmati.

SikapĀ  yang mudah patah semangat dan give up akan membuatkan kita terbelakang dari orang lain sedangkan orang lain sudah mampu menjana beribu-ribu dolar melalui internet tetapi kita masih di takuk lama.

Dengan melihat kejayaan orang lain misalnya boleh menjadi pencetus semangat untuk kita berusaha lebih kuat dan gigih lagi tanpa menoleh ke belakang.

Hanya mereka yang betul-betul mempunyai motivasi tinggi saja mampu menghadapi rintangan dengan tabah dan sabar.

Kita melihat kejayaan orang lain bukan untuk menimbulkan rasa dengki dan iri hati dengan kejayaannya tetapi dengan pandangan yang positif bahawa kita juga boleh buat seperti dia.

Dalam ebay ni pun banyak betul cabaran, bagi newbie macam saya memang perlu usaha gigih dengan membaca forum dan mencari point-point penting teknik apa yang diguna oleh otai-otai ebay.

Akaun paypal yang kena limited access memang membuatkan hati terus patah dan bosan tetapi kalau kita terus fikir negatif sampai bila masalah tidak akan selesai. Kita tidak boleh membenci Paypal sepenuhnya sebaliknya kita perlu cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Market yang seolah-olah tepu disebabkan terlalu ramai seller yang menjual item yang sama dengan harga murah pula juga tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berniaga di ebay. Banyak lagi barang lain yang boleh dijual diebay cuma kita kena buat research sikit item yang apa yang mempunyai keupayaan terjual lebih tinggi.

Belajar dan terus belajar serta kaji dan terus kaji akan membuahkan hasil yang baik kepada kita. Ini antara kisah kejayaan ebayer dalam forum Sifu Lan

Related Posts with Thumbnails

TAGS: ,

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree