Selamat Hari Guru
- 5 Comment
Selamat Hari Guru diucapkan kepada diri sendiri dan semua guru-guru dimana sahaja berada.
Kenapa guru yang menjadi pilihan hati ? Jawabnya sebab saya bangga menjadi seorang guru. Bukan sebab terpaksa tetapi minat yang terbit dari lubuk hati tidak dapat disorok oleh diri sendiri.
Pernah semasa interview diingatkan oleh penemuduga yang saya ni kalau mintak Polis rasanya lebih baik sebab dengan sijil-sijil kadet yang berlonggok-longgok dan sudah tahu selok belok kepolisan tetapi apa yang saya kata adalah
Saya minat menjadi cikgu
Memang minat seseorang tidak akan mampu dibantah lagi. Saya bangga bila awal tahun saya mengajar pelajar yang tidak mengenal huruf Al-Quran serta mengenal Bahasa Arab dan dipertengahan tahun pelajar ini sudah mampu membaca sendiri kalimah-kalaimah Iqra’ dan mengingat kalimah-kalimah Arab yang diajar.
Tiada perasaan selain rasa syukur kepada Ilahi kerana memudahkan pelajar memahami apa yang diajar dan menerangkan hati-hati suci bersih untuk menerima hidayahNYA.
Nabi juga pernah bersabda yang maksudnya ” Jadi lah kamu mu’allim (guru) atau muta’allim (pelajar) atau mustamia’n (mendengar) atau muhibban ilahi (yang suka kepada mereka-mereka ini) dan janganlah kamu menjadi yang kelima ( iaitu orang yang tidak menjadi seperti yang disebut di atas).
Dalam hadis lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda ” Jika meninggal seorang manusia, terputuslah segala pahala amalannya kecuali 3 perkara : Pertama, Sedekah yang diwakafkan, selagi mana orang mengguna barang sedekah kita itu selagi itu kita akan mendapat pahala. Kedua, Ilmu yang bermanafaat, tidak kira ilmu apa sahaja asalkan yang boleh memberi faedah kepada orang lain, jika orang tersebut mengajarkan pula kepada orang lain pahala tersebut tetap akan sampai kepada kita. Ini janji Allah.
Jadi jika mengajar murid yang tidak tahu membaca kepada pandai membaca dan murid tersebut bila sudah dewasa mengajarkan pula kepada muridnya agak-agaknya berapa pahala yang kita dapat. Tetapi biasa la benda yang tidak nampak susah untuk difahami oleh manusia, tetapi kalau disebut komisen atau faedah MLM mesti semua nampak. Dengan komisen berapa tier nya dan peratusan serta hadiah-hadiah lain.
Yang ketiga ialah doa anak yang soleh yang mendoakan kepada kedua ibu bapanya. Sebab itu ibu bapa semestinya mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang baik supaya anak ini akan dapat memberikan saham pahala kepadanya di akhirat bila mereka selalu berdoa kepadanya.
Perit berdepan dengan pelajar-pelajar yang berbilang kaum dan jemu dengan karenah-karenah nakal pelajar tidak menjadi penghalang dalam memastikan pelajar mendapat ilmu secukupnya. Kadang-kadang darah muda tidak dapat dikawal bila berdepan dengan situasi-situasi yang menyakitkan hati oleh pelajar tetapi terus saja teringat peranan kita yang sebenar adalah mendidik pelajar dari tidak pandai kepada pandai, mungkin murid tersebut tidak pandai lagi untuk menghormati guru jadi kita ajar lagi sampai dia pandai.
Apa pun tugas sebagai guru cukup bermakna kepada diri saya dan akan menghargainya selama lamanya. Tetapi minat lain seperti mencari duit online juga akan diusahakan sampai berjaya. Kalau lah kita mampu belajar cara-cara mencari duit online melalui Forex, Adsense, Ebay, Affilliate dan sebagainya dan kita mengajarkan kepada semua samalah juga pahalanya kita akan dapat dan sepatutnya kita umat Islam tidak hanya membiarkan kuasa-kuasa barat dan Yahudi yang menguasai ilmu cari duit online bahkan umat Islam perlu bersaing dengan mereka dan satu hari nanti dapat menguasai ekonomi dunia.
5 Comments on this post
Trackbacks
-
Onizuka said:
Selamat Hari Guru Buat Cikgu Haris Fadila
May 16th, 2009 at 10:35 am -
che-mie said:
cikgu rupanya..
selamat hari cikgu
May 20th, 2009 at 3:15 am -
Haris said:
Terima kasih untuk Onizuka..jadi macam Onizuka ok jugak kan..rock tapi mendidik
Che Mie: Thank’s juga untuk Che Mie
May 20th, 2009 at 4:45 am -
your lovely wife said:
selamat hari guru buat suami tercinta..moga menjadi seorang pendidik yg berjaya…
May 20th, 2009 at 5:33 pm -
Ibnu Jaidi said:
Assalamualaikum!! Selamat Hari Guru buat Abe Haris (Maaf Lambat..He he he he..)
June 10th, 2009 at 7:13 am


