Personal Coaching Alert
- 10 Comment
Dalam blog ini saya ada menawarkan perkhidmatan personal coaching kepada yang berminat. Rujuk sini. Terima kasih kepada mereka yang telah menghubungi saya untuk belajar mencari pendapatan pendapatan sambilan melalui internet.
Buat masa ini saya telah mengajar beberapa orang berkaitan Adsense dan Forex secara online dan bersua muka. Saya memfokuskan kepada newbie yang baru dalam bidang ini dan ingin merasa duit internet secara real walaupun tidak banyak.
Cuma untuk pengetahuan semua saya masih lagi berkursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang Sarawak dan insyaAllah akan tamat pada bulan 6 tahun depan, biasa la dalam waktu kursus ini banyak tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Tambahan lagi saya baru sahaja berpindah ke sekolah yang agak sibuk dengan aktiviti dan program membuatkan masa untuk online terpaksa dirancang dengan sebaiknya.
Biasanya saya akan menetapkan waktu yang sesuai bila boleh diadakan PC secara online dan bersua muka, dan akan membantu anda sehingga anda berhasil memegang duit internet melalui usaha anda sendiri.
Sekali lagi saya ingatkan, saya memfokuskan kepada newbie yang betul-betul belum kenal dunia cari duit online dan kepada mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan melalui internet.
Terima Kasih.
Haris Fadila
Taman Sri Wangi
Kuching, Sarawak
Random Posts
10 Comments on this post
Trackbacks
-
Faizul aka Torres said:
Saya salah seorang yang telah menuntut dengan Mr.Haris…Beliau telah banyak membantu saya dalam dunia internet marketing ni…Ilmu yang beliau beri memang sgt berguna kpd saya…secara peribadi saya sangat memuji beliau kerana beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu yang beliau ada dan sedia membantu bila saya bertanyakan soalan apabila menghadapi masalah..Kini saya dapat memperolehi pendapatan sampingan melalui online atas tunjuk ajar beliau walaupun x sebanyak orang lain…yang penting newbie mcm sy juga mampu buat…Tq Mr.Haris
p/s:-mta alamat skolah demo…ada surat demo nak redirect
August 5th, 2009 at 3:11 pm -
baem said:
terima kasih kerna sudi beri komen di blog saya,
sila ke laman web saya lain.terima kasih
August 5th, 2009 at 6:28 pm -
baem said:
oh ya saya lupa,saya tinggal kat flat sri wangi,tak jauh le kita nie…awak orang sarawak ke(ktk orang sarawakkah)
August 5th, 2009 at 6:32 pm -
Haris said:
oo dekat la kita..saya dekat2 flat tu jugak..saya kelantan. ada masa boleh sembang pasal internet
August 6th, 2009 at 5:43 am -
Haris said:
zul : ok dah antar dalam blog comment
August 6th, 2009 at 5:46 am -
your wife.. said:
“SELAMAT HARI LAHIR” buat suami tercinta,moga dimurahkan rezeki,moga panjang umur dan dipermudahkan segala urusan.k
August 6th, 2009 at 8:36 am -
Haris said:
InsyaAllah…
August 6th, 2009 at 4:47 pm -
Haris said:
kepada puteraebiz dan cikgu afiq sila add skype saya haziq_fakhri
August 6th, 2009 at 5:14 pm -
zamri said:
cargas demo!
memang betul blog demo ni pokcik google suko lah.kawe nk PC jugok la nga demo….bleh?
August 8th, 2009 at 4:20 am -
Haris said:
eh ugoh kito…kita ni sekodar jah hehe
August 8th, 2009 at 4:56 am
