Aug 28 2009

Puasa, Kelas dan Internet!

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan kepada semua pembaca blog HarisFadila.com. Ramadhan tahun ini sambut di bumi Sarawak dan suasana  kat sini normal saja macam hari-hari biasa tiada program Ihya Ramadhan yang besar-besar dan tazkirah pun sesetengah masjid tidak mengutamakannya.

Saya baru sahaja selesai mengikuti interaksi Ogos kat IPGM Kampus Batu Lintang, punya la letih kelas dari pukul 7.30 sampai 5 petang selama seminggu ni. Memang banyak ilmu yang berguna untuk penyuburan diri tetapi kadang-kadang terfikir kelas straight sampai petang menyebabkan susah nak bagi tumpuan.

Dalam pada sibuk berkuliah sempat melayan emel yang bertanyakan perkhidmatan saya membuat website Adsense, tidak kurang ada yang ingin mencuba dulu website dan niche yang saya buat adakah betul-betul profitable atau tidak dan ada juga inginkan personal coaching daripada saya. Sekarang saya tengah mengajar Puan Azana berkaitan pembinaan web dengan HyperVRE dan bagaimana cara nak promote.

Salah seorang customer saya, Cikgu Mie yang baru seminggu akaun approve sudah menampakkan hasil setelah saya membuat 7 niche dan promote web dia. Mungkin apa yang saya sebut ni akan menjadi perhatian Pakcik Google huhu…

Akaun baru ni ada cara dia untuk mengurangkan risiko di banned tetapi kalau terkena jugak nasib badan le…

Related Posts with Thumbnails

7 Comments on this post

Trackbacks

  1. Faizul aka Torres said:

    atau xxxxxxxx (edited by admin)

    Zul jangan bagi tahu ko punya domain…bahaya…ramai yang PHD…huhu

    August 28th, 2009 at 8:13 pm
  2. zamri said:

    bos… tolong register YSM kat ana. tak dpt ana register.

    August 31st, 2009 at 1:17 am
  3. Haris said:

    ok insyaAllah..berhubung emel takpe

    August 31st, 2009 at 4:55 am
  4. oryzana said:

    dah abis dah blaja…dok praktikkan ape yg patut… ari2 pun nak email cikgu tanye soklan…hehehhe

    September 1st, 2009 at 4:14 am
  5. Haris said:

    Terima Kasih Puan Azana

    Moga dapat praktikkan ilmu yang dipelajari, InsyaAllah akan mendapat hasil kelak

    September 1st, 2009 at 7:35 am
  6. Hasbul Aqill said:

    salam
    wah
    ni kene berhenti dari cikgu nih
    leh wt duit sendiri di internet:D

    September 7th, 2009 at 11:13 am
  7. Haris said:

    Wkslm,

    huhu…rasanya tak lagi kot…sebab masih sayang dengan kerjaya ni :)

    September 7th, 2009 at 4:10 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree