Sep 4 2009

Jika dulu saya terjumpa perkhidmatan ini…

Alhamdulillah masih lagi dapat merasa nikmat hidup yang sementara ini dalam fasal pengampunan dosa-dosa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Segala aktiviti kita jika niatnya baik pasti kita akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan ditambah lagi dengan pengharapan kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Berbalik kepada tajuk post, saya ingin berkongsi pengalaman yang sedikit ini kepada anda.

Saya memang minat dengan internet sejak di bangku sekolah menengah lagi dan dalam tahun 2006 terjumpa dengan kaedah cari duit melalui internet. Pada mulanya memang pening sebab tidak tahu mana satu yang ingin di fokus kerana banyak sangat maklumat berkaitan kaedah cari duit online ataupun disebut sebagai information overload.

Kaedah pertama sekali terjumpa adalah berkaitan Adsense. Setelah buat research sikit dan cari maklumat dalam forum-forum (oh saya ni jenis suka membaca saja, jarang post di forum..tu yang di forum WC hanya 100 lebih post je walhal dah lama join..huhu) saya buat la apa yang tahu tu.

Saya buat blog dengan blogspot hampir beribu-ribu lemon beratus-ratus blog tapi boleh dikategorikan sebagai blog sampah la…

Bermacam-macam niche yang dibuat…sebut saja pasal apa..acne, weight loss, diet hatta niche kategori menghairahkan juga dibuat..huhu lepas tu promosi pulak pakai SEO ( tak berapa pandai), video marketing (malas upload) dan lain-lain hasilnya….

Klik yang dapat adus..0.05 atau 0.10 je…haha putus semangat ler…

Lepas setahun baru lah terjumpa dengan kaedah cari niche yang betul-betul profitable ( tu pun setelah hampir nak give up ) yang mana satu klik boleh dapat paling kurang USD 1..wah!…banyaknyer…

Semangat datang kembali..terus saya create web menggunakan software HyperVRE ( tq juga untuk Bro Azam yang memperkenalkan) hampir 100 web saya create tapi peringkat permulaan juga susah untuk mencari niche yang paling profitable dari kesemua niche tu tapi setelah research dan pemerhatian kepada niche-niche tersebut saya berjaya menghasilkan kumpulan niche yang betul-betul profitable untuk Adsense saya.

Sekarang saya ingin berkongsi kepada anda niche-niche ini dan memberikan khidmat setup web kepada anda dengan bayaran yang cukup minima sekali untuk satu niche.

Kalau ikutkan saya boleh letak mahal lagi (mungkin sedikit masa lagi) di sebabkan harga masa saya research niche ini bukan sehari dua tapi bertahun lamanya.

Tapi bagi menghargai pembaca blog saya yang meminta saya sediakan khidmat ini kepada dia, saya berusaha untuk memenuhinya.

Antara sebabnya saya mahu membantu newbie (yang otai tu tak perlu kot) supaya tidak menjadi macam saya dulu yang terpaksa bersekang mata menghabiskan masa yang lama untuk cari niche yang profitable dan create website.

Saya bukanlah pakar Adsense tetapi sebab minat yang mendalam dalam bidang ni membuatkan saya tidak berasa jemu dan letih mengadap computer berjam-jam lamanya…

Betullah jika kita membuat sesuatu berdasarkan minat kita, kita tidak mudah bosan dan putus asa sebaliknya akan terus meningkatkan diri kita untuk menjadi yang terbaik.

————–

Akaun customer yang saya  handle Cikgu Mie sudah mencapai USD 40 dalam masa 2 minggu, earning tidak banyak, cukup lah untuk permulaan kepada seorang newbie. Ini bukan speed Adsense ye :)

Related Posts with Thumbnails

6 Comments on this post

Trackbacks

  1. alan tan said:

    Cikgu Mie tu sudah guna Modal berapa?

    September 5th, 2009 at 3:58 pm
  2. Haris said:

    Setakat 2 minggu tu usd28 kira limited usd2 je sehari tapi takpe banyak lagi yang free :)

    Tu hanya 7 niche yang buat

    September 5th, 2009 at 4:45 pm
  3. oryzana said:

    cikgu mie tu id baru kan… dah dpt pin blum yek? pakcik google ade ragu2 tak ngan id ni?

    September 6th, 2009 at 3:57 pm
  4. Haris said:

    ye baru..belum lagi…saya kena ambil langkah berjaga-jaga sekarang ni..tak mahu tunjuk ss sebarang..kalau tak naya..huhu

    September 6th, 2009 at 4:55 pm
  5. arifin said:

    Salam, Cikgu, saya dah ada software tu software HyperVRE tp, tak tahu nak guna, boleh kongsi sikit, Tq.

    October 24th, 2009 at 1:49 am
  6. Haris said:

    Wkslm,

    Boleh emel saya dan bagitahu kat mana part yang susah. ok

    October 24th, 2009 at 3:49 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree