Duit internet bukan mudah walaupun senang!

Mungkin sesetengah mereka di luar sana menganggap cari duit melalui internet adalah semudah hanya membeli sebuah ebook dan belajar dengan sifu 2,3 jam terus bercita-cita untuk mendapatkan ratusan dolar dalam masa seminggu.

Walhal sebenarnya bagi yang baru mengenali dunia internet masih jauh lagi perjalanan untuk merealisasikan cita-cita yang dikehendaki.

Tanya lah kepada semua sifu dan otai internet mereka semua bukan melalui jalan mudah untuk berjaya seperti sekarang. Jalan yang mereka lalui kadang-kadang memeritkan dengan kerugian wang dan masa tetapi di sana terdapat satu semangat untuk terus berusaha keluar dari zon tersebut.

Dengan kegagalan yang dihadapi ditukar dengan kegigihan untuk berjaya akan menjadikan kita semua tidak mudah berputus asa jika berlaku perkara yang bukan kita inginkan.

Semasa balik beraya baru ini saya sempat berjumpa dengan seorang kawan yang inginkan khidmat dari saya dan saya telah memberikan apa yang sepatutnya saya jelaskan kepada beliau tetapi saya ingin sebut untuk berjaya dalam dunia internet kita tidak boleh bergantung kepada orang lain semata-mata tetapi memerlukan usaha kita sendiri untuk berjaya.

Kalau semua perkara perlu diberitahu rasanya anda mungkin tidak mampu pergi lebih jauh. Berbeza dengan mereka yang rajin mencari dan memikirkan semula apa yang telah diketahui.

Saya sendiri pun bukanlah menumpukan kepada satu sumber seperti Adsense semata-mata tetapi berusaha juga mempelajari cara lain seperti Ebay, Affilliate dan sebagainya dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan.

Apa yang saya sebut untuk memotivasikan diri sendiri supaya berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai cita-cita yang diinginkan.

Berkaitan dengan servis yang saya tawarkan, saya menawarkan kepada mereka yang berminat sahaja untuk menolong khususnya newbie untuk menjana duit online, jika setelah mendapatkan khidmat saya dan timbul masalah dalam mempromosikan web tersebut saya akan bantu setakat termampu dan untuk yang menggunakan khidmat saya untuk memperomosikan web ini saya hanya memberikan khidmat sekali sahaja bukannya setelah habis kredit diminta lagi saya mempromosikan..fuh letih….tapi kadang-kadang terlintas untuk menolong saya akan tolong setakat mampu.

Risiko di ban ? Saya tidak mengatakan apa yang saya sediakan ini akan mengelakkan anda dari kena ban tapi anda kena berani menghadapi risiko dan jangan pula menghantukkan kepala putus asa kalau dah terkena.

Apa pun jika pandai menjaga akaun dan tidak tamak saya rasa tiada masalah cara ini.

———————–

Antara customer yang telah menggunakan khidmat saya :

Related Posts with Thumbnails

Comments (17)

hasbul

October 3rd, 2009 at 3:20 am    


SALAM
wah,bila tgok ss
terbeliak mata
cuma saya xdek masa untuk belajar ngn bro lag
tp insyallah
lepas saya final test la nih
:D
bisnes pon wt jugak
beljar pon wt jugak
ish2

Haris

October 3rd, 2009 at 3:34 am    


Wkslm,

takpe saya pun masih belajar jugak sekarang ni :)

kena pandai bagi2 masa

Shah

October 3rd, 2009 at 5:29 am    


Saya setuju dgn En Haris,..Bukan senang nak senang.
Buka kedai di Internet perlu ada ilmu psychology dan communication skil yang berkesan.

Ia amat berbeza dengan membuka kedai di bawah pokok kerana boleh dilihat secara fizikal.

Buka warung di internet memerlukan marketing skill yang baik utk menarik traffic bermutu dan berminat dengan niche kita.

niche + traffic = income.

Haris

October 3rd, 2009 at 12:28 pm    


Yup…bagi yang ada masa dan cukup kewangan boleh terus upah orang bagi melancarkan project kita tapi kita sendiri pun kena belajar juga skill tersebut untuk memudahkan kita mengurus sendiri bila berlaku sesuatu

Apa pun thank’s for comment :)

zamri

October 3rd, 2009 at 1:25 pm    


bukan senang nak senang. jika newbie guna servis bro haris ni tapi berpendapat dengan mudah terus dapat click, minta maaflah toksah bermimpi begitu. langkah seterusnya ialah PROMOSI! berbayar atau free. Nak cepat memang berbayarlah spt YSM. Secara jujurnya sayapun belum menggunakan YSM dan belum mendapat click dari promosi secara Free.. ada orang masuk tapi tak click…

itulah kisahnya.

Haris

October 3rd, 2009 at 5:26 pm    


takpe bro kita belajar slow2 macamana nak tingkatkan lagi potensi klik..banyak lagi cara lain sebenarnya kalau tak mahu guna teknik tu…cuma kena explore je…

takpe insyaAllah lepas ni akan jumpa jalan

Thank’s for visit :)

Fahdi

October 7th, 2009 at 3:01 am    


Assalamualaikum haris

Ini kali pertama saya bertandang ke blog ini. Wah, seorang lagi usahawan IM!

Betul kata-kata anda. Memang, apabila seseorang yang mahu terjun
ke bidang IM, mereka akan melihat duit semata-mata tanpa memikirkan
apakah yang akan mereka lalui untuk berjaya

Saya sendiri akui, mereka suka lihat duit
tetapi tidak mahu berusaha untuk mendapatkan duit itu
Dengan kata lain, usaha separuh jalan.
Lepaskan batuk di tangga.

Tidak salah untuk bermula, tetapi
pastikan kita ada semangat yang kuat dan jangan mudah putus asa.
Kemenangan pasti ada, cuma belum masanya.

Salam perkenalan

Haris

October 7th, 2009 at 2:44 pm    


Waalaikumussalam,

Saya sendiri pun masih lagi mencari ilmu berkaitan IM dan tidak akan berhenti separuh jalan setelah kita mengetahui potensi internet itu sendiri

TQ Semoga perkenalan berkekalan :)

Pemburu Impian

October 8th, 2009 at 4:12 am    


Assalamualaikum Tuan Rumah,

Tuan tinggal di negeri mana ye..?

Ada sesuatu yang istimewa ambo nak tawarkan…

Salam ceria & salam perkenalan, nun dari “ganu kite”

Assalamualaikum

Haris

October 8th, 2009 at 5:38 pm    


Waalaikumussalam…

Saya kat Kuching. Nak tawarkan apa tu? Kalau menarik ok jugak :)

Motivasi Kerja

October 9th, 2009 at 3:35 am    


Pada saya tidak ada perkara mudah tanpa usaha. Sekalipun menyuapkan nasi ke mulut sendiri. Tapi mereka yang berjaya tidak lain kerana usaha yang gigih menampakkan hasil mereka begitu mudah.

Mubai

October 9th, 2009 at 10:43 am    


Hi kengkawan,saya setuju bukan mudah nk buat duit dengan internet. Saya pn dok meraba-raba lagi cari cara wat duit dengan internet. Aku jumpa 1 blog cita ttg buat duit dgn internet. Cuba tgk. Klik sini

Haris

October 11th, 2009 at 3:53 pm    


Motivasi Kerja : Ye semua perkara memerlukan kesungguhan dan kegigihan untuk berjaya.

Mubai: Produk dari mana tu :)

Akhi Kadir

November 6th, 2009 at 7:48 pm    


salam mantaplah us haris kito..,macam2 bisnes dah skang

Haris

November 7th, 2009 at 5:09 am    


Waalaikumussalam..

Eh takde le…buat sesambil je tu :)

Akhi Kadir

November 7th, 2009 at 6:09 am    


mantap2..kim salam belaka sahabt2 kito kat Malaysia..

Haris

November 8th, 2009 at 2:32 am    


eh takde us kadir.,..biase2 je

Leave a reply

Name *

Mail *

Website