Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010
- 11 Comment
Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan kepada kita semua, bagi saya juga terdapat perkara-perkara yang mencabar dan yang meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.
Bermula dengan post pertama berkaitan Text Link Ads menjadikan saya lebih bersemangat dalam meneroka dunia cari duit online dan sekarang boleh juga berbangga dengan pendapatan dari TLA ini.
Dan tanpa saya duga saya ditempatkan di Sarawak untuk mengikuti KPLI -jQAF Ambilan Januari 2009. Dengan berbekalkan semangat untuk menjadi pendidik yang bersifat murabbi saya gagahi kaki untuk datang ke sini.
Ebay juga pernah menjadi tempat mencari pengalaman berniaga, daripada teknik Sifu Lan saya berjaya juga menghasilkan jualan tetapi saya tiada masa untuk design mendesign item itu yang membuatkan saya tidak fokus pada Ebay.
Tempat latihan pertama di Miri juga betul-betul menggamit memori kerana di sana dapat berjumpa dengan kumpulan mereka yang sehaluan dengan saya dari segi fikrah dan juga teman cari duit online..terkejut Faizul bila dia nampak saya curi-curi buka akaun Adsense di makmal komputer. Dia tak sangka dapat berjumpa dengan otai dan sifu orang yang sama minat dengan dia
Tak lama di Miri dapat pula pindah ke Kuching, walaupun happy dengan berita ini tetapi jauh di sudut hati selepas 5 bulan di sini terasa lebih baik berada kat Miri dari Kuching ini. Bukan untuk menyatakan kekesalan tetapi mungkin memori di Miri tidak dapat dilupakan lagi.
Dalam pada itu masih lagi sempat berdansa berAdsense walaupun kalut ke sana ke mari dan dalam bulan 8 saya telah dihubungi oleh pembaca blog yang mahukan khidmat dari saya, dari situ tercetus untuk memberikan khidmat saya ini walaupun saya tahu, saya bukanlah pakar dalam Adsense, sekadar untuk membantu newbie merasa duit Adsense.
Dalam masa 5-6 bulan menawarkan khidmat ini ada juga ujian yang menimpa, antaranya seorang customer minta saya buat dulu web dan promote dan berjanji nak bayar lepas siap semua tetapi hampeh lepas siap masih tak bayar juga, saya terfikir nak delete semua web tersebut tetapi mujur dia cepat bayar, tu pun selepas 3 bulan.
Seorang kawan pula suruh buat 10 web untuk dia dan promote, ok lagi mula-mula tu masih lagi bayar upah promote tapi bulan kedua hanya bagi modal je tetapi upah tiada, saya senyap je sebab kawan punya pasal tapi untuk bulan ketiga juga hanya bagi modal je, hai kalau macam ni tokei balak bankrap..huhu
Tu la kisah kawan-kawan, ada yang membantu dan ada yang menghantu. Dalam saya membuka servis ini rasanya hampir 20 orang telah menggunakan servis saya dan berjaya, saya bercadang untuk mengeluarkan report case study customer saya ini ( erm..idea tahun baru ni )
Tidak lupa juga saya dihujani SMS dan emel yang bertanyakan servis saya, ada juga newbie yang tidak tahu apa-apa pasal Adsense yang bertanyakan soalan yang saya sendiri malas nak jawab tapi kita kena layan juga.
Di sekolah untuk tahun baru ini dapat berjumpa dengan Cikgu yang baru pindah sini yang terjumpa blog saya ketika googling di internet dan yang menariknya dia juga mengetahui berkaitan Adsense dan berminat dengan servis saya. Boleh jadi rakan borak Adsense ketika free period kat sekolah..hoho!
Tetapi tahun 2010 ini saya tidak tahu dapat menumpukan pada servis ini lagi atau tidak disebabkan saya akan mula praktikum pada 18 Januari 2010, mungkin saya akan perlahankan sikit kerja online dan fokus kepada praktikum untuk 3 bulan ini..ye le kan masih belajar lagi sekarang..haha
11 Comments on this post
Trackbacks
-
abib said:
gitulah cikgu kerja hakikiki lebih di utamakan.walaubagaimanapun minat yang ada perlu dijaga juga.rancang masa anda dan selamat berpaktikum.
January 4th, 2010 at 6:27 am -
hasbulaqill said:
moga sukses untuk 2010
masyuk lagi akaun adsense
tmbh akaun ker
January 4th, 2010 at 7:45 am -
Haris said:
Terima kasih Puan Abib..tp ada jugak terlintas nak berhenti keje offline dan tumpu online..hehe..mungkin setelah income internet dah power boleh le..
Hasbul : akaun tu ada le tambah tapi untuk spare
January 4th, 2010 at 1:35 pm -
zamri said:
hehe tuan haris sudah ada niat berhenti keje offline? Bagus cadangan tu! Impian wajib ada baru sampai destinasi OKB.
Income internet power mcm patric chan dan zamri nanyan bolehla ‘difikirkan’ untuk stop keje offline….
bagi saya, biz online ni persaingan lagi hebat berbanding dengan offline walaupun market tersangat besar. Ilmu marketing online sentiasa kene update.
tuan haris boleh jadikan keje offline sebagai ‘jambatan’ kepada lebuhraya kebebasan kewangan. Terlalu banyak cara untuk mencapainya. Berbagai teknik ada diajar diluar sana. Gunakan ‘kemudahan’ kita sebagai penjawat awam… Janganla pulak menge ‘loan’ untuk masuk MLM. Menge’loan’ untuk beli benda yang menaikkan nilai 10% setahun lagi baik dari biz cara MLM…. just my 2cent pendapat.
January 10th, 2010 at 7:09 am -
Haris said:
eh sikda la us yie..saje je kamek..hehe..kinek tok lebih suka pada kerjaya lagi
January 10th, 2010 at 8:55 am -
Mr.GTO said:
Thank you Sifu Haris for your personal coaching,hope year 2010 bring lucks to us and our student…Mengenal huruf A-Z, Mengenal nombor 1-50.Best of luck.
Sincerely,Mr.GTO
January 14th, 2010 at 11:08 am -
Haris said:
Welcome Mr GTO, harap ilmu yang dapat masa coaching boleh digunakan untuk menarik duit Adsense
January 15th, 2010 at 6:00 am -
usahawanmuda said:
semoga lebih berjaya dan fokus.tahniah bro.ramai gak yang amik servis adsense
January 26th, 2010 at 5:48 am -
Haris said:
yup thank’s
cuma buat masa sekarang saya terpaksa stop dulu servis ni, nak tumpu pada pengajian
TQ
January 26th, 2010 at 5:55 am -
cik amy sensei said:
salam tuan rumah..
apa khabar?
moga anda sihat selalu hendaknya..terima kasih kerana meluangkan masa singgah dan ulas di blog saya..
senyum selalu ok??
:))
January 27th, 2010 at 5:10 am -
Haris said:
Wklsm Cik Amy Sensei
Alhamdulillah kamek sihat
Kitak pun sama..xboh lupak senyum selalu bah!
January 30th, 2010 at 7:11 am

