January 5, 2009
Rencah Kehidupan
2 Comments
Betapa pedih menatap wajah-wajah yang begitu lemah cedera dan meninggal dunia diragut rejim zionis tanpa rasa belas kasihan.
Serangan atas dasar untuk menghapuskan mujahidin Hamas terus dilakukan tentera Israel yang turut direstui US.Setakat hari ini hampir 500 orang telah meninggal yang rata-rata terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Ulama’ terkenal Islam, Syeikh Yusof Al-Qardawi pun telah mengeluarkan fatwa yang mengatakan berkewajipan mempertahankan semenanjung Gaza dan tanah Islam dari pencerobohan pihak musuh.
Di Indonesia juga hampir 1000 mujahidin sudah bersedia berlepas ke sana untuk membantu pejuang Hamas. Bagi kita yang tidak mampu ke sana cukuplah dengan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menghancurkan rejim Zionis laknatullah.
Allahu Akbar!
Info Palestin :
Palestin Kini
Pusat Informasi Palestin

December 27, 2008
Motivasi, Rencah Kehidupan
2 Comments
Tahun 2008 bakal melabuhkan tirai bersama dengan perancangan-perancangan yang tidak menjadi untuk dilakukan.
Betullah seperti kata orang lama masa belajar dulu, ” masa kat sini kita boleh membuat apa saja mengikut kehendak kita tetapi bila kita sudah balik kampung pasti tidak akan mampu untuk memberi tumpuan sepenuh masa “.
Bila sudah terjun dalam masyarakat tidak dapat tidak kita terpaksa memberi sumbangan sebaikĀ mungkin dan kita tidak boleh duduk diam saja, bila sudah menjadi anggota masyarakat masa yang diperlukan juga lebih dari biasa dan sebab itulah menjejaskan tumpuan kita dalam kerja-kerja yang seperti dilakukan dulu.
Pada awal-awal tahun 2008 memang tidak dinafikan saya mampu untuk menjana pendapatan dari internet tetapi masuk pertengahan tahun selepas pulang ke Malaysia saya seolah-olah hilang momentum untuk duduk seperti dulu, dalam keadaan terpaksa travel ke situ sini dan tidak tetap tempat duduk saya membuatkan saya letih…huh…
Saya bukanlah malas seperti yang dikatakan Alang antara faktor kegagalan dalam mencari pendapatan Internet dan bukannya tidak fokus dan tiada guru. Malah Alang sendiri mengatakan yang dia tidak pernah berguru dalam mencari income internet.
Sekurang-kurangnya saya sudah pun dapat menjana duit secara online cuma mungkin tidak mempunyai masa yang sesuai atau juga kerana faktor keadaan saya menjadi begini.
Apa pun bagi saya selepas keadaan menjadi reda dan normal seperti biasa saya akan terus berusaha sedaya mungkin untuk meneroka alam internet.
Dan InsyaAllah saya akan bertolak ke Kuching 11hb Januari bagi mengikuti Pengajian di Intitut Perguruan Batu Lintang, saya tidak boleh mensia-siakan ilmu yang diperolehi. Saya perlu menyebarkan kepada masyarakat setakat termampu bagi diri saya.
Dan saya tidak boleh meniru Alang dan yang lain-lain kerana saya hanyalah setahun jagung dalam perniagaan internet. Mencari sumber online boleh dilakukan seperti dulu walaupun belajar dan bekerja masih lagi mempunyai masa untuk menghasilkan pendapatan.
Seperti kata Irfan Khairi ” 9 am - 5 pm kat tempat kerja jadi masa yang tinggal 5 pm - 9 am banyak lagi boleh digunakan untuk mendapatkan duit online”.
November 23, 2008
Rencah Kehidupan
No Comments
Proses yang lama dalam mencari masa yang sesuai untuk meneruskan motivasi mencoret dalam blog ini. Saya masih lagi berminat untuk menulis walaupun tulisan campur aduk kerana hobi saya untuk berblog bukan semata-mata untuk menghasilkan income sahaja.
Dalam masa 2 bulan ini saya berhijrah ke sana ke mari dalam mencari identiti diri tetapi sekarang nampaknya kampung juga yang jadi persinggahan sementara.
Motivasi perlu ditingkatkan dan strategi perlu digandakan !
September 10, 2008
Melayu Boleh, Rencah Kehidupan
No Comments
Rileks jap..
Dalam dok surf dan baca perkembangan isu semasa..nak tido dah ni tapi terjumpa dengan site yang menerangkan syarikat proton sekarang membuka kepada orang ramai untuk memberikan nama yang sesuai untuk model MPV ini.
Adus pecah perut baca cadangan depa ni…ada ke patut letak nama proton terbang la, proton earth, proton kambin, proton mpv adik bongsu, proton liwat, dan bersempena bulan Ramadhan ni ada jugak yang letak proton akok, proton nekbat, proton bubur lambuk…haha…

Tengok ‘Jom teka ramai-ramai’
Borang Online
Hadiah
Kalau korang kreatif cuba la bagi nama kat proton ni.
p/s: Saya bagi nama Proton Ceria. Amacam ??
July 10, 2008
Rencah Kehidupan
3 Comments
Malam ini saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman kerja di sana di samping ingin mengetahui macamana kehidupan dibandar sana.
Dengan niat pertamanya ingin menyebarkan dakwah di sana dan memperbetulkan keadaan masyarakat dan mengajak manusia seluruhnya kepada menyembah Allah S.W.T dan mengikuti Nabi Muhammad S.A.W dalam gerak kerja seharian.
Yang kedua adalah saya ingin mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam ilmu pengajian Feqah Muamalat yang saya rasakan bidang yang memerlukan lebih ramai pakar untuk memperingati orang ramai berkaitan masalah semasa.
Penceramah atau pendakwah yang berwibawa mesti dilengkapi dengan pelbagai pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam seruannya, pengalaman ini tidak dapat dibeli melainkan dilaluinya sendiri untuk mengetahui selok belok perkara tersebut.
Pelbagai isu yang timbul menuntut kita berhukum berdasarkan ilmu dan bukan hanya menurut hawa nafsu semata-mata.
Begitu juga kekayaan yang diperolehi oleh kita baik dari sumber internet atau sebagainya memerlukan penjelasan yang konkrit dalam isu tersebut, buat apa menimbun harta yang banyak jika kesudahannya harta tersebut akan mengheret kita ke neraka.
Apa pun kenyataannya kehidupan kita semua tidak lari dari memikirkan hala tuju kita selepas ini yang mana bukan hanya setakat dunia sahaja tetapi kita masih ada satu lagi tempat yang kekal iaitu akhirat.
InsyaAllah saya akan berada di Sungai Buloh untuk mencari pengalaman berada di bandar besar, semoga impian saya akan tertunai dan akan digolongkan dalam mereka yang akan membawa sinar kejayaan kepada kita semua.
July 1, 2008
Ilmiah, Isu Semasa, Motivasi, Rencah Kehidupan
No Comments
Semakin hari mengikuti perkembangan isu semasa membuatkan saya bertambah meluat dengan scene-scene yang dilakonkan oleh watak yang hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata.
Betapa kerakusan pemimpin terhadap kuasa seolah-olah mereka tidak akan mati untuk selamanya. Kuasa sementara yang dipegang di atas dunia membuatkan mereka lupa kehidupan yang kekal abadi Akhirat.
Patut lah Firaun mengaku sebagai Tuhan dan tidak mahu mengikut nasihat Nabi Musa ketika mana Nabi Musa menyeru supaya mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangannya dan membebaskan Bani Israel melata dibumi dengan aman, puncanya adalah bila sudah mendapat kuasa mereka akan lupa tentang Akhirat disebabkan segala kesenangan amat mudah sekali diperolehi dan boleh pula membeli orang lain supaya mengikut telunjuknya.
Allah S.W.T tidak akan membiarkan begitu saja mereka yang tidak mahu menurut perintahnya diseksa dan diazab samaada di dunia atau di akhirat tetapi dihantar satu golongan yang akan memberi ingatan tentang perbuatan buruk yang mereka lakukan dan jika mereka tetap berdegil tunggulah azab Allah yang akan ditimpakan kepada orang yang zalim.
Kisah sahabat Nabi Mus’ab Bin Umair mungkin cukup untuk kita sebagai renungan yang mana selepas dia berhijrah ke Madinah bersama-sama Nabi tiada baginya harta dan pakaian melainkan sehelai selendang yang diletakan di atas badannya yang bertampung dengan kulit. Baginda Nabi ketika melihat Mus’ab menangis kerana mengenangkan kemewahan yang diperolehi ketika di Mekah dahulu disebabkan terlalu dimanjakn oleh ibunya.
Baginda bertanya kepada Mus’ab ” Bagaimanakah keadaan kamu pada satu saat nanti pergi diwaktu pagi dengan satu pakaian dan diwaktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan akan diangkat lagi hidangan yang lain. Dan kamu menghias rumah kamu seperti kamu memasang kelambu Kaabah. Maka jawab sahabat ” Wahai Rasulullah tentulah kami pada waktu itu lebih baik daripada hari ini, kami akan memberi penumpuan pada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki ”
Lalu Nabi bersabda ” Tidak ! Keadaan kamu pada hari ini lebih baik daripada hari itu ”
Begitulah peringatan Nabi kepada kita tentang bahayanya kemewahan yang terlampau yang mana jika tidak diiringi dengan iman pasti kekayaan yang dikejar akan membutakan hati dari melihat kebesaran Allah S.W.T.
Orang yang bijak menjadikan kekuasaan dan kekayaan sebagai jambatan dia menuju ke Akhirat. Kekuasaan yang dipegang hanyalah untuk menyuruh manusia membuat kebaikan dan mencegah dari melakukan perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah.
Kekayaan digunakan untuk menolong orang susah bukan untuk menyusahkan lagi mereka yang tersedia susah.
Jika semua manusia berfikiran begitu amanlah dunia tetapi sengaja Allah ciptakan disetiap zaman ada pembesar dan pemimpin yang zalim dan ada juga golongan yang akan membetulkan keadaan. Semoga Allah memasukkan kita semua dalam golongan pembela agamaNya.
March 2, 2008
Adsense, Ilmiah, Isu Semasa, Motivasi, Rencah Kehidupan
No Comments
Dalam musim pilihanraya ini saya ingin mengajak pembaca blog ini, marilah kita sama-sama merenung kembali apakah matlamat hidup kita di atas muka bumi ini. Adakah kita hanya inginkan kesenangan di dunia sahaja dengan melupakan akhirat yang kekal abadi.
Kita semua kena ingat penghujung kepada kehidupan kita adalah kematian dan perkara ini semua orang akan merasainya sebab Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud ” Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian “. Setelah maut datang bertandang hanya amalan yang menjadi perhitungan jika baik amalan anda maka senanglah hidup anda tetapi jika buruk amalan anda sengsara yang berpanjangan akan anda hadapi.
Sebagai seorang Muslim kita hendaklah meletakkan Allah sebagai matlamat kita dalam mengharungi kehidupan didunia. Apa jua perkara pun kita tidak boleh membelakangkan Allah dalam keputusan yang kita buat. Ini merupakan tanda syukur kita kepada Allah kerana mengurniakan rezeki kepada kita dan melimpahkan kemewahan yang tidak terhitung olehNya.
Nikmat paling besar untuk kita adalah nikmat agama Islam dan Iman itu sendiri. Agama Islam yang kita anuti ini merupakan agama yang Allah telah redha untuk kita berpegang dengannya. Manakala Iman atau keyakinan dengan janji-janji Allah samaada kegembiraan atau azab Allah tersemat dalam hati kita.
Dengan menyokong perjuangan Islam bermakna anda telah mengikuti jejak langkah para Nabi-nabi dalam melaksanakan tugas mereka kerana tugas utama Nabi adalah menyampaikan perintah atau suruhan Allah S.W.T dan meyeru manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T dalam segala aspek.
Tetapi jika anda menyokong mereka yang memetingkan dunia semata-mata bermakna anda telah bersekongkol dengan mereka dalam melakukan maksiat khususnya dinegara ini. Dengan kekuasaan yang telah diberikan kepada mereka menyebabkan meraka dengan sewenangnya dapat melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada rakyat.
Berfikirlah dengan matang menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dan paling penting adalah kita kena ingat hidup kita tidak kekal selamanya dan apa yang ada di dunia adalah kesenangan sementara sahaja.
—————————————————–
Alhamdulillah Adsense bulan Februari mencapai target dengan mendapat USD 564 x 3.2 = RM 1804 tetapi tidak dapat mencapai yang bulan lepas. Takper lepas ni kena kerja kuat lagi.
