Menempah banner

Tool No Comments

Membuat banner ni bukannya senang kalau memang zero pasal Adobe ke apa program untuk membuat banner. Saya dah cuba untuk bermain-main dengan Adobe untuk buat banner tapi blur le…tak nampak langsung…huhuhu…jadi fikir-fikir punya fikir

baik aku tempah dengan orang jer..senang cerita

Mula lah pencarian siapa yang mahir atau otai dalam membuat banner ni. Cari punya cari terjumpa site dia ni jadi saya berhubung dengan dia untuk menempah banner. Setelah persetujuan dibuat dalam masa 3 hari siap le banner saya ini. Harganya murah je..ye la kan kecik jer… Hasilnya lihat banner sebelah tu menarik la jugak sebab saya minta dia masukkan gambar graf dalam banner tu dan animasi berkelip-kelip.

Moral nya sini kalau kita tidak pandai nak buat sesuatu baik kita upah orang untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan perancangan kita. Dari memeningkan kepala dok memikirkan sampai naik bintang..huhu..

Designer termasuk dari cabang perniagaan iaitu perkhidmatan dan beruntung lah sesiapa yang pandai mengaplikasikan kedalam perniagaan melalui internet.

Search engine test

Adsense, Google, Tool No Comments
Setelah mengetahui sedikit sebanyak berkaitan macmana hendak menjadikan site atau blog kita dalam ranking seacrh engine melalui ‘meta tag’,mengedit template dalam title ‘head’ dan seumpamanya blog ini berjaya mendapat rankingnya walaupun bukan dalam ranking top ten.

Dengan menggunakan perkataan ‘perniagaan internet+adsense‘ blog ini mendapat tempat di muka surat ketujuh dalam google (oh!jadi le..). Dengan mencari dengan perkataan ‘peluang buat duit’ menduduki dalam mukasurat ke tiga belas (ini sebenarnya saya dapat tahu dari site meter yg orang datang ke site saya ho..ho..ho..) dan dengan menggunakan perkataan ‘pendapatan tambahan dari internet’ dan ‘duit dari adsense’ langsung tidak dapat dikesan oleh google (hai…), saya hanya membelek setakat mukasurat ke lima belas sahaja(tak larat le nak belek semua).

Berkaitan dengan perniagaan internet+adsense ini pun engine dapat menjumpai kerana saya menulis berkaitan Irfan Khairi serta mengedit title bagi template dan saya sudah boleh berbangga kerana saya baru sahaja mengetahui cara mendapat tempat dalam ranking dan sudahpun tersenarai dalam search engine.

Selepas ini saya akan mempelajari cara untuk menaikkan ranking blog ini dan akan mempraktikkan untuk kesemua blog adsense saya.

p/: post akan datang berkaitan information overload…

2 blog 1 hari!

Adsense, Google, Tool No Comments
Selama 2 hari ini saya telah bertungkus lumus untuk membina blog untuk Adsense, blog ini saya bina memang bertujuan untuk Adsense semata-mata. Dari pemilihan template sampai lah mencari content saya lakukan dengan jayanya( opss…rahsia dulu blog tu..oh!) Dalam masa 2 hari ini 4 blog telah saya bina dan saya target untuk membina 1 blog sehari (Wah!).

Semestinya blog yang saya bina ini bercontentkan Bahasa Inggeris dan setiap satu blog ini ada 2 atau 3 artikel berkaitan niche yang dipilih. Semua content dalam blog ini semuanya saya copy paste je ( opss..bocor rahsia), dan ada juga saya jumpa pakej free yang mengandungi template dan siap dengan artikel sekali berkaitan sesuatu niche jadi tak perlu lah susah payah mencari satu-satu artikel.

Lepas siap blog tersebut saya pun memasukkan ads dalam tu, kalau menggunakan beta blog senang sebab dah ada page element dalam setting jadi senang nak letakkan tapi templatenya hampeh tak cantik ler…oh!. Saya memilih untuk menukar template lain dengan mencari contoh-contoh template yang dapat jumpa.

Kelebihan menggunakan beta blog senang nak memasukkan page element terutamanya adsense tapi susah nak edit dia punya template..asyik error je (tahle saya tak berapa mahir lagi kot guna beta ni). Saya lebih suka guna stail dulu sebab senang nak edit template lagi pun memang saya nak belajar bina website sendiri jadi kenalah pandai godek-godek sendiri.

Sebenarnya saya berimpian ingin memiliki domain name sendiri tetapi sebelum menduduki rumah baru kita kenalah tahu serba sedikit cara macamana hendak bagi cantik tidak menyerabutkan orang yang melawat, nak bagi orang ramai melawat, boleh mengislah sendiri kalau ada bocor atap ke kena masuk pencuri ke (hacker le ni..oh!) sebab kita tidak akan nampak serius kalau terus menggunakan yang free ini.

Berbagai teknik dan taktik yang perlu kita ada untuk berjaya bukannya hanya membina blog atau website dan terus biarkan begitu tanpa mempromosikannya atau tidak mencuba teknik tertentu, kalau begitu blog kita tidak akan dijumpai orang ramai walau pun mempunyai kandungan yang menarik dan bermutu.

Perumpamaan dalam seguni beras yang sama saiz berasnya dan sama warnanya bagaimana kita hendak menampakkan atau memunculkan atau nak bagi dia timbul supaya dapat dilihat orang tentunya kita akan membuat satu cara contohnya mewarnakan yang sebiji tersebut dengan warna merah ke tentu ianya mudah untuk kelihatan (contoh untuk budak-budak ni :p )

Begitulah misal yang dapat diberikan dan saya sekarang ini sedang mempelajari teknik-teknik tersebut dan salah satu teknik yang berkaitan adalah SEO ( Search Engine Optimization). InsyaAllah saya akan memberitahu macamana hendak melakukannya dan menjadikan situs kita berada top ten dalam search engine..ho..ho..ho..