Web Money : Alternatif kepada Egold

Cari Duit, Web Money No Comments
Masalah Egold rasanya belum selesai lagi yang mana sesetengah platform tidak lagi menerima deposit malalui egold dilakukan. Kalau sebelum ini egold menjadi satu-satunya cara yang cepat untuk mendeposit dan withdraw keuntungan yang diperolehi melalui trading khususnya tapi sekarang mereka yang bergantung dengan egold terpaksa memikirkan alternatif lain untuk memudahkan urusan.

Di samping harga egold sekarang juga sudah turun ke paras yang paling rendah sekali sampaikan ada yang menerima pembelian egold pada harga RM 2.00 untuk satu dolar.

Memikirkan cara yang terbaik untuk keluar dari masalah ini sekarang ini, Web Money mungkin boleh dijadikan alternatif kepada penyelesaian masalah ini.

Broker FX MALAY contohnya menawarkan pertukaran dari egold ke web money dan web money ke Ringgit Malaysia yang hanya disediakan melalui bank Maybank sahaja. Bagi pertukaran Ringgit Malaysia ke Web Money harga yang ditetapkan adalah RM 3.70 dan sebaliknya adalah RM 3.40.

Walaupun dilihat mahal tetapi ianya boleh menjadi alternatif kepada egold yang semakin tidak menentu. Lagipun jika melalui platform FXMALAY jika anda mendeposit melalui web money anda boleh withdraw melalui web money dan boleh transfer ke Maybank terus berbeza jika anda mendeposit melalui egold yang mana boleh withdraw melalui egold sahaja.

Saya rasakan anda sepatutnya mempunyai akaun web money untuk langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara yang tidak diingini dengan egold.

p/s: Klik sini untuk membuat pertukaran RM ke Web Money melalui laman wmmalay.com

Technorati Tags:, ,