Berehat kejap dari biz internet
Baru balik dari gotong royong kat sekolah, letih jugak tapi bila sudah selesai kerja yang dibuat rasa seronok walaupun pada mulanya terasa berat untuk dilakukan.
Saya juga merasakan terpaksa berehat kejap dari menerima tempahan membuat website sebabnya kena tumpu pada praktikum yang sedang berjalan sekarang ni.
Kalau saya terus mengadap laptop ni habis le..tak terbuat RPH, BBM, [...]
Kongsi Earning Proof
Wah lama tak kemaskini blog ini, saya sekarang sedang mengikuti Interaksi November Disember untuk kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang. Banyak betul tugasan yang kena siapkan.
Dalam pada itu ada yang bertanya mengenai bukti kepada perkhidmatan yang saya tawarkan.
Jadi untuk memenuhi permintaan pembaca untuk melihat proof project Adsense saya, saya paparkan di [...]
Kelantan jumpa Negeri Sembilan Final Piala Malaysia 2009
Tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia 2009. Setelah 39 tahun menanti yang pada kali terakhir pada tahun 1970 tewas kepada Perak 0-2. Ternyata gabungan pemain kali ini telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Manakala Negeri Sembilan ini adalah kali ketiga sejak tahun 2000 tewas kepada Perak 0-2, pada tahun 2006 Perlis menggagalkan impian [...]
Duit internet bukan mudah walaupun senang!
Mungkin sesetengah mereka di luar sana menganggap cari duit melalui internet adalah semudah hanya membeli sebuah ebook dan belajar dengan sifu 2,3 jam terus bercita-cita untuk mendapatkan ratusan dolar dalam masa seminggu.
Walhal sebenarnya bagi yang baru mengenali dunia internet masih jauh lagi perjalanan untuk merealisasikan cita-cita yang dikehendaki.
Tanya lah kepada semua sifu dan otai internet [...]
Jika dulu saya terjumpa perkhidmatan ini…
Alhamdulillah masih lagi dapat merasa nikmat hidup yang sementara ini dalam fasal pengampunan dosa-dosa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Segala aktiviti kita jika niatnya baik pasti kita akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T dan ditambah lagi dengan pengharapan kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.
Berbalik kepada tajuk post, saya ingin berkongsi pengalaman [...]
Puasa, Kelas dan Internet!
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan kepada semua pembaca blog HarisFadila.com. Ramadhan tahun ini sambut di bumi Sarawak dan suasana kat sini normal saja macam hari-hari biasa tiada program Ihya Ramadhan yang besar-besar dan tazkirah pun sesetengah masjid tidak mengutamakannya.
Saya baru sahaja selesai mengikuti interaksi Ogos [...]
Perkhidmatan membuat website Adsense
Setelah ada cadangan dari pembaca yang berminat dengan personal coaching saya dan meminta saya menyediakan perkhidmatan membuat website Adsense untuknya jadi dengan berbesar hati saya juga bersedia untuk menerima tawaran tersebut.
Dengan ini saya menawarkan perkhidmatan membuat website Adsense menggunakan software HyperVRE melalui domain yang anda pilih dan akan deal dengan anda berapa niche subdomain yang [...]

